Follow by Email

Sunday, 15 May 2011

KENALI SK CHAT

      Sekolah Kebangsaan Chat mula dibina pada tahun 1924. Pada asalnya nama sekolah ini ialah Malay School Chat. Pada peringkat awal, sekolah ini mempunyai 26 orang murid sahaja. Guru Besar yang pertama yang berkhidmat di sekolah ini ialah En Long Bin Tong. Sekolah ini mempunyai keluasan 6 ekar.

      Kini seramai 174 orang murid menimba ilmu di sekolah ini yang mempunyai 19 orang guru. SK Chat telah melahirkan ramai modal insan yang telah berjaya dalam bidang masing-masing. Sk Chat amat dikenali kerana telah melahirkan ramai murid yang berkebolehan dalam bidang akademik dan bidang sukan. Pada tahun 2002, Sk Chat telah dipilih sebagai sekolah luar bandar terbaik di negeri Pahang dalam peperiksaan UPSR.
    
     Bidang kokurikulum juga turut membanggakan SK Chat dimana permainan catur begitu sinonim dengan kami. Selama 3 tahun berturut-turut ( 2009-2011) Sk Chat telah berjaya melahirkan bakat pemain catur sehingga ke peringkat Kebangsaan. Ruangan ini diharap dapat memberi peluang kepada semua untuk lebih mengenali SK Chat.

No comments:

Post a Comment